Ada Kalanya Kita Perlu Mempelajari Sesuatu

28 Februari 2009

TANYA JAWAB ANTARA ROSULULLAH SAW & IBLIS LAKNATULLAH


Allah SWT telah memerintahkan seorang Malaikat berjumpa dengan iblis laknatullah supaya dia berjumpa dengan Rasulullah SAW untuk memberitahu segala rahasianya,
yang disukai maupun yang dibencinya. Intinya ialah untuk meninggikan derajat nabi Muhammad SAW dan juga sebagai peringatan dan perisai kepada umat manusia. Maka Malaikat itu pun berjumpai iblis dan berkata, "Hai iblis! Bahwa Allah Yang Maha Mulia dan Maha Besar menyuruh engkau menghadap ke hadirat Rasullullah SAW. Hendaknya engkau buka segala rahasia dan apa - apa yang dipermasalahkan oleh Rasulullah SAW hendaklah engkau jawab dengan sebenar - benarnya. Jikalau engkau berdusta walau satu perkataan pun, niscaya akan diputuskan segala suku - suku anggota badanmu, uratmu serta disiksa dengan azab yang amat keras" setelah mendengar ucapan malaikat yang dahsyat itu, iblis laknatullah sangat ketakutan. Maka segeralah dia menghadap Rasulullah SAW dengan menyamar sebagai seseorang tua yang buta sebelah matanya dan berjanggut putih 10 helai; panjangnya seperti ekor lembu. Iblis laknatullah pun memberi salam, sehingga 3 kali tidak juga dijawab oleh Rasulullah SAW. Maka iblis laknatullah berkata,"Ya Rasulullah! Mengapa engkau tidak menjawab salam aku? Bukankah salam itu sangat mulia di sisi Allah?" Maka jawab Nabi Muhammad SAW dengah marah "Hai Aduwullah seteru Allah! Kepada aku engkau menampakkan baikmu? Jangan engkau mencoba menipu aku sebagaimana engkau tipu Adam nabi Allah sehingga keluar dari syurga, Habil mati teraniaya dibunuh Qabil dengan sebab hasutan engkau, Ayub nabi Allah engkau tipu dengan asap racun ketika dia sedang sujud sembahyang hingga dia sengsara beberapa lama, kisah Daud nabi Allah dengan perempuan Urya, Sulaiman nabi Allah meninggalkan kerajaannya kerana engkau menyamar sebagai isterinya dan begitu juga beberapa Ambiya dan pendita yang telah menanggung sengsara akibat hasutan engkau. Hai iblis laknatullah! Sebenarnya salam itu sangat mulia di sisi Allah Azza Wajalla, cuma salam engkau saja aku tidak hendak menjawabnya kerana diharamkan Allah. Maka aku kenal baik - baik engkaulah iblis, raja segala iblis, syaitan dan jin yang menyamar diri. Apa kehendak engkau datang berjumpa aku?"

Iblis laknatullah berkata : "Ya Nabi Allah! Janganlah engkau marah. Kerana tuan adalah Khatamul Ambiya maka tuan dapat kenal akan aku. Kedatangan aku adalah disuruh Allah untuk memberitahu segala tipu daya aku terhadap umat tuan dari zaman Adam nabi Allah hingga akhir zaman. Ya Nabi Allah! Setiap apa yang tuan tanya aku sedia menerangkan satu persatu dengan sebenarnya, tiadalah aku berani sembunyikan." Maka iblis laknatullah pun bersumpah menyebut nama Allah dan berkata "Ya Rasulullah! Sekiranya aku berdusta barang sepatah pun niscaya hancur leburlah badan aku menjadi abu" Apabila mendengar sumpah iblis laknatullah itu, Nabi SAW pun tersenyum dan berkata dalam hatinya, inilah satu peluang aku untuk menyiasat segala perbuatannya agar didengar oleh sekelian sahabat yang ada di majlis ini dan menjadi perisai kepada sekelian umatku. Maka Rasulullah SAW berasa sukacita dan merasakan inilah peluang keemasan untuk baginda menyiasat segala perbuatan iblis laknatullah dengan disaksikan oleh sekelian sahabat RA yang hadir di majlis. dan juga akan menjadi senjata atau perisai kepada sekelian umat hingga kemudian hari.
Rasulullah SAW bertanya : "Wahai iblis! Siapakah yang menjadi mungsuhmu dan apakah pandanganmu terhadap aku ini?"
Jawab iblis laknatullah : "Ya Nabi Allah, dikaulah musuh aku yang paling besar dari pada segala seteru ku di muka bumi ini."
Maka Rasulullah SAW : merenung dan menatap wajah iblis laknatullah menyebabkan iblis laknatullah menggeletar seluruh tubuh serta anggotanya disebabkan terlalu agung akan kebesaran Baginda Rosulullah Muhammad SAW.
Jawab iblis laknatullah : "Ya Nabi Allah, aku mampu menyamar sebagai siapapun juga termasuk hewan sekalipun dengan suara - suara yang tepat. Aku dicegah Allah Azza Wajalla untuk menyamar sebagai dirimu kerana jika aku melakukan yang demikian, niscaya terbakarlah aku menjadi abu. Aku bersungguh - sungguh menggoda anak Adam supaya mereka menjadi kafir kecuali umatmu yang taqwa karena engkau bersungguh - sungguh menasihatkan mereka dengan memberikan pedoman kepada seluruh manusia supaya berpegang teguh kepada Islam. Begitulah juga kesungguhan aku menarik mereka kepada kafir, murtad dan munafik. Aku tarik sekelian umat Islam supaya meninggalkan jalan yang lurus dan beralih kepada jalan yang sesat. Aku berharap mereka akan masuk ke neraka bersama - sama dengan ku serta kekal di dalamnya untuk selama - lamanya."
Rasulullah SAW bertanya : "Hai iblis! Bagaimanakah perbuatanmu kepada makhluk Allah SWT?"
Jawab iblis laknatullah : "Ya Nabi Allah, aku goda perempuan - perempuan supaya merenggangkan kedua pahanya kepada lelaki yang bukan suaminya dan sesetengahnya hingga menghasilkan benih yang bersalah - salahan sifatnya. Aku goda segala manusia supaya meninggalkan sholat, dan berbuat / melakukan kemungkaran. Sesetengahnya aku lalaikan dengan harta - bendanya berupa emas, perak, rumah dan ladang dan hasilnya dibelanjakan ke hal - hal yang haram. Telah banyak kaum lelaki dan perempuan terlepas imannya menuruti ajakan dan bisikan jin, iblis dan syaitan yang aku perintahkan supaya menarik mereka ke jalan kemungkaran. Kalau terdapat sesuatu pesta yang melibatkan pergaulan bebas lelaki dan perempuan, maka aku akan menggoda dengan sekuat tenaga supaya mereka kehilangan keimanan, meminum arak dan mempengaruhi rakannya dengan cara paksaan supaya meminum arak sehingga hilang akal dan hilang rasa malu mereka. Lalu aku hulurkan tali percintaan yang asyik sehingga terbuka beberapa pintu maksiat yang besar supaya mereka lupa sehingga melakukan perzinaan. Apabila lelaki dan perempuan berkasih - kasihan, maka terpaksalah mereka mencari uang dengan cara tipu daya serta mencuri. Sekiranya mereka menyedari kesalahan masing - masing dan ingin bertaubat atau berbuat baik, maka aku akan menghalangi mereka sehingga mereka terperosok dalam perbuatan maksiat. Aku juga akan menggodanya dengan lebih kuat supaya melazimkan maksiat dan menyukai isteri orang. Maka telah umatmu aku sesatkan dengan jalan ini dengan bantuan jin, syaitan dan iblis di mana aku menyuruh mereka menghasut seluruh anggota manusia hingga ke dalam tubuh manusia. Apabila mereka digoda pada hati, maka mereka akan sentiasa riak dan takabbur, ujub serta memamerkan amalnya dan berlaku sombong. Apabila mereka digoda pada lidah, maka sentiasalah mereka gemar berdusta, mencela dan mengumpat satu sama lain. Demikianlah aku menghasut mereka pada setiap waktu baik siang, malam, pagi maupun petang."
Rasulullah SAW bertanya : "Hai iblis! Mengapakah engkau suka bersusah - payah untuk melakukan pekerjaan yang tidak memberikan faedah kepada dirimu bahkan menambahkan lagi laknat atas dirimu serta engkau akan mendapat siksaan di dalam neraka yang paling bawah sekali?"
Rasulullah SAW bertanya : "Hai laknatullah! Siapakah yang menghidupkan engkau? Siapakah yang menjadikan engkau? Siapakah yang melanjutkan usia engkau? Siapakah yang menerangkan mata engkau? Siapakah yang memberikan pendengaran telinga engkau? Siapakah yang memberikan kekuatan kepada anggota engkau?"
Jawab iblis laknatullah : "Itu adalah anugerah dari pada Allah SWT yang Maha Besar. Tetapi hawa nafsu dan takabur serta khianat telah menyebabkan aku melakukan kejahatan. Tuan juga kiranya maklum bahwa aku pernah menjadi ketua segala malaikat sehingga ribuan tahun dan bersujud kepada Allah SWT semenjak di dunia ini lagi dan aku telah dinaikkan darjat menerusi satu langit ke satu langit dengan aman. Aku pun mendiami tempat ku dengan beribadat bersama - sama malaikat serta berkhidmat kepada Tuhan Azza Wajalla dalam waktu yang begitu lama. Tiba - tiba datang firman Allah SWT kepada ku mengenai dijadikanNya seorang khalifah di dalam dunia ini. Maka aku membantah kerana tidak suka berkhalifah. Lantas Tuhan Azza Wajalla menjadikan seorang lelaki dan dititahkan aku dan sekalian malaikat memberikan penghormatan kepada Adam kecuali aku seorang enggan bersujud dan aku telah mengingkari hukumNya. Maka aku dimurkai Tuhan Azza Wajalla serta dilaknatiNya aku sehingga hari Qiamat. Wajah ku yang selama ini bercahaya dan cantik telah dihapuskan oleh wajah yang buruk dan keji. Aku sakit hati dan begitu dendam kepada Adam. Kemudian Adam diangkat oleh Tuhan Azza Wajalla menjadi raja di dalam syurga serta dikurniakan seorang isteri untuk dijadikan permaisuri yang memerintah segala bidadari. Senantiasalah mereka dalam kesukaan dan kesenangan. kebencianku ku menjadi - jadi kepada mereka berdua dan aku merancang untuk mengkhianati mereka. Akhirnya aku telah menipu Siti Hawa supaya meminta Adam memakan buah khuldi larangan Tuhan Azza Wajalla. Maka kerana perempuan itulah, Adam memakan buah larangan berkenaan dengan itu, sehingga mereka berdua diusir dari syurga dan diturunkan ke dunia secara terpisah kedua suami - isteri beberapa lama sehinggalah dipertemukan kembali oleh Tuhan Azza Wajalla dengan selamatnya sehingga mereka mendapat beberapa orang anak lelaki dan perempuan. Kemudian kami hasut pula anak lelakinya yang bernama Qabil supaya membunuh abangnya Habil sehingga mati. Itupun aku masih belum puas hatiku hingga dapat melakukan pelbagai tipu - daya ke atas sekelian anak - cucunya sampai Hari Qiamat. Tetapi engkau telah menghalangi pekerjaan ku dengan menarik mereka supaya memeluk Islam. Ada pun sebelum engkau dilahirkan ke dalam dunia ini, aku bersama - sama bala tentera ku mampu naik ke langit dengan mudahnya mencuri rahsia dan tulisan - tulisan yang menyuruh manusia berbuat ibadat dan mendapat pahala serta syurga. Demikian juga bagi mereka yang beribadat malam akan mendapat setinggi - tinggi pahala. Apabila aku turun ke dunia, maka aku khabarkan kepada mereka itu dengan jalan yang sesat dengan berbagai tipu daya sehingga mereka berpegang kepada kitab - kitab bidaah dan karut. Tetapi apabila engkau hadir ke alam dunia ini, maka aku tidak diizinkan Allah SWT untuk naik ke langit dan aku tidak lagi mendapat rahasia apapun dari umat mu. Seluruh malaikat yang menjaga pintu ditiap - tiap lapisan langit dan jika aku berusaha untuk naik ke langit, niscaya malaikat akan melontar anak panah api yang bernyala - nyala. Telah banyak bala tentera ku dari golongan jin, iblis dan syaitan terkena lontaran malaikat sehingga badan mereka terbakar menjadi abu. Aku dan bala tentera ku amat susah hati dalam usaha menjalankan hasutan ditambah pula engakau memiliki mukjizat - mukjizat yang amat hebat di hadapan sekelian raja - raja dan di khalayak ramai."
Rasulullah SAW bertanya : "Hai iblis! Apakah tipu daya yang enkau lakukan terhadap umat manusia?"
Jawab iblis laknatullah : "Pertama, aku palingkan iman mereka sehingga terperosok kedalam kekafiran, dengan melalui perkataan, perbuatan, kelakuan dan hati mereka. Namun jika mereka gagal aku meningkatkan godaanku dengan berusaha menarik mereka kepada jalan yang mengurangkan pahala supaya lama - kelamaan, mereka akan terjerumus menjadi pengikutku"
Rasulullah SAW bertanya : "Hai iblis! Apabila umatku mendirikan sholat, bagaimanakah keadaan engkau?"
Jawab iblis laknatullah : "Itulah sebesar-besar kesusahan kepada ku. Gementarlah seluruh badan ku dan lemahlah tulang sendi ku, maka pada waktu itu, aku menyuruh puluhan syaitan iblis menggoda setiap orang yang hendak bersholat menerusi anggotanya supaya malas bersholat dan hatinya supaya was - was dalam sholatnya serta terlupa bilangan rakaatnya. Mereka juga akan bimbangkan pekerjaan dunia dan hatinya hendak cepat - cepat menamatkan sholatnya. Sesetengah iblis masuk ke dalam mata orang yang hendak bersholat supaya ia tidak khusyuk dalam sholatnya sehingga mereka berpaling ke kanan dan kiri semasa sholat. (Maka) tidaklah tetap hatinya serta hilanglah khusyuknya. Sesetengah iblis memasuki telinga orang yang bersolat supaya memasang telinga mendengar perbualan orang, bunyi - bunyian dan sebagainya yang sia - sia belaka. Sesetengah iblis duduk pada belakangnya supaya orang yang bersholat itu tidak berupaya lama - lama semasa bersujud atau bertahiyyat. Di dalam hatinya sering berkeinginan agar sholatnya segera selesai dan ini tentunya akan mengurangkan pahala sholat. Jika sekelian iblis berkenaan gagal menggoda seperti yang demikian, niscaya mereka akan aku hukum seberat - beratnya."
Rasulullah SAW bertanya : "Jika umatku membaca Al-Qur'an kerana Allah SWT, apakah yang engkau rasa?"
Jawab iblis laknatullah : "Jika mereka membaca Al-Qur'an kerana Allah SWT, maka terbakarlah tubuh ku serta putus segala urat ku, maka larilah aku dari mereka."
Rasulullah SAW bertanya : "Hai iblis! Jika umatku mengerjakan haji kerana Allah SWT, apakah yang engkau rasa?"
Jawab iblis laknatullah : "Telah binasalah diri ku dan gugurlah tulang ku kerana mereka telah menyempurnakan rukunnya."
Rasulullah SAW bertanya : "Hai iblis! Jika umatku berpuasa kerana Allah SWT, apakah yang engkau rasa?"
Jawab iblis laknatullah : "Ya Nabi Allah, inilah suatu bencana yang besar yang aku hadapi kerana apabila masuk malam awal Ramadan, maka memancarlah nur Arasy dan Kursiy serta segala malaikat menyambut dengan gembiranya. Bagi orang - orang yang berpuasa mendapat sebesar - besar anugerah Allah SWT Yang Maha Pengampun segala dosa yang telah lalu serta digantikan pula dengan pahala yang amat besar serta tiada ditulis segala kesalahannya selama ia berpuasa. Tambahan pula yang menghancurkan hati ku ialah segala isi langit, bulan dan bintang serta malaikat sehinggalah burung - burung dan ikan - ikan laut dan air tawar juga tiap - tiap yang bernyawa di atas muka bumi mendoakan siang dan malam memohon ampun bagi orang - orang yang berpuasa. Satu lagi setinggi - tinggi kemuliaan orang yang berpuasa ialah Tuhan menjadikan 1.000 kemerdekaan dari azab neraka pada setiap hari dalam Bulan Ramadhan, segala pintu neraka ditutup, segala pintu syurga dibuka, angin / bayu syirah yang amat lembut berhembusan ke dalam syurga. Maka pada hari mulanya umat mu berpuasa, datanglah segala bala tentera malaikat yang garang tanpa menangkap aku dengan perintah Tuhan serta ditangkapnya segala bala tentera ku yaitu jin, syaitan dan ifrit serta dipasung kaki tangannya dengan besi panas - dan dirantainya kami sekaliannya serta dibenamkan ke dalam bumi yang amat dalam dan ditambah pula dengan beberapa azab sengsara sehingga selesai ibadat puasa umat mu, barulah aku dilepaskan supaya aku tidak boleh mengganggu mereka. Dan umat mu sendiri telah merasa kesenangan dalam menjalani ibadat puasa sebagaimana mereka bekerja untuk bersahur di waktu tengah malam seorang diri sekalipun tanpa sedikit perlu merasa takut seperti malam - malam yang lain"
Rasulullah SAW bertanya : "Hai iblis! Bagaimanakah halnya para sahabatku kepada engkau?"
Jawab iblis laknatullah : "Ya Nabi Allah, Adalah sekalian para sahabat mu adalah sebesar - besar musuh kepada ku, kerana tiada upaya aku melawan mereka dan tidak ada satu pun tipudaya ku dapat memasuki mereka, kerana dikau pernah berkata sekelian para Sahabatku adalah umpama bintang di langit, jika kamu mengikuti mereka nescaya kamu akan mendapat petunjuk Ya Nabi Allah, sekelian para sahabat mu sangat taat mengerjakan perintah mu lagi setia serta bersungguh - sungguh mensyiarkan syariat mu kepada sekelian manusia menerusi Al-Qur'an dan Al-Hadis. Ada pun Sayyidina Abu Bakar As Siddiq bin Abi Qahafah itu semasa sebelum beliau bersama mu pun, aku gagal menghampirinya apalagi sekarang beliau telah mendampingi mu. Beliau amat kuat bersaksi di atas kebenaran dikau sehingga beliau telah menjadi wazirul a zam dan dikau telah berkata bahwa kiranya ditimbang kebajikan Abu Bakar dengan amal kebajikan sekalian isi dunia ini, nescaya lebih beratlah kebajikan Abu Bakar. Tambahan pula, beliau telah menjadi bapak mertua mu dengan mengahwinkan puterinya Sayyidatina Aishah yang sangat hafiz hadis - hadis mu. Ada pun sahabat mu, Sayyidina Umar Al-Khattab, aku tidak berani memandang wajahnya kerana beliau sangat tegas dalam menjalankan hukum syariat mu. Jika aku terpandang wajahnya, maka gementarlah segala tulang sendi ku kerana tersangat takut kepadanya kerana imannya yang sangat kuat apalagi dikau pernah bersabda, jikalaulah ada lagi nabi selepas aku, niscaya Umar boleh menggantikannya kerana harapan besar dikau atasnya. Beliau juga mampu membedakan iman dan kafir sehingga beliau mendapat gelaran Umar Al-Faruk. Ada pun sahabat mu, Sayyidina Osman Al-Affan itu lebih - lebih lagi tidak dapat aku hampiri kerana lidahnya sentiasa bergerak membaca Al-Qur'an, siang, malam, pagi dan petang. Dialah penghulu segala orang yang sabar dan penghulu segala syuhada dan menjadi menantu mu sebanyak 2 kali. Kerana ketaatannya, beliau dikunjungi oleh para malaikat dengan penuh hormat kerana sangat malunya Malaikat kepada beliau. Dikau telah berkata, Barangsiapa menulis BismillaahirRahmaanirRahiim pada kitab - kitab atau kertas - kertas dengan dakwat merah, niscaya mendapat pahala baginya seperti pahala Syahid Sayyidina Osman. Ada pun sahabat mu, Sayyidina Ali bin Abi Talib, aku sangat takut kepadanya kerana kehebatan kelakuannya serta kedahsyatan melihat keperkasaannya di medan peperangan merempuh segala musuhnya. Maka apabila iblis, syaitan dan jin memandang wajah Sayyidina Ali, nescaya terbakar kedua biji mata mereka kerana beliau sangat kuat mengerjakan perintah Tuhan serta beliau adalah julung - julungnya kanak - kanak yang memeluk Islam serta enggan menundukkan kepala kepada sebarang berhala, sebab itulah beliau digelar Ali Karimahullahu Wajhah dan Harimau Allah. Dikau pernah bersabda, akulah negeri segala ilmu dan Ali adalah pintunya. Tambahan pula, beliau telah menjadi menantu dikau, maka terlebihlah ngeri aku kepadanya."
Rasulullah SAW bertanya : "Bagaimanakah tipudaya engkau terhadap umatku?"
Jawab iblis laknatullah : "Adalah umat mu ada tiga golongan
Seperti air hujan turun dari langit yang menghidupkan segala tumbuhan lagi banyak manfaatnya dan pertolongan kepada lainnya dialah guru - guru yang memberi nasihat kepada manusia supaya mengerjakan perintah Allah SWT dan menjauhi segala laranganNya dan kata (malaikat) Jibril, Adapun ulama itu pelita dunia dan pelita akhirat
Umat mu itu seperti tanah yaitu orang sabar, bersyukur dan redha akan kurnia Tuhan kepadanya serta beramal soleh dan bertawakkal kepada Allah SWT dan banyak berbuat kebajikan, dan
Umat mu itu keadannya seperti Fir'aun yang terlampau tamak dengan harta dunia, dihilangkan amal perbuatan akhirat. Maka dengan sukacitalah aku kepada mereka (umat ke 3) lalu aku masuk ke dalam tubuh mereka, aku putarkan hati mereka menuju ke lautan durhaka. apabila telah kekal atas jalan kejahatan, aku tarik ke mana saja sesuka hati ku, jadi sentiasalah mereka bimbangkan dunia dan tidak suka menuntut ilmu, dijadikan dirinya tiada kelapangan untuk beramal, tidak mengeluarkan zakat hartanya dan setengah golongan yang miskin yang hendak beribadat, aku goda mereka supaya meminta kekayaan terlebih dahulu, maka apabila disampaikan Tuhan akan hajatnya untuk mendapatkan kesenangan, maka aku lupakan mereka dari beramal, tidak mau mengeluarkan zakat harta mereka ibarat Qarun dengan mahligainya dan diri mereka serta harta benda mreka habis terbenam ke dalam bumi kerana mereka tidak mau membelanjakan harta mereka pada jalan - jalan kebajikan dan jika terkena kesakitan, mereka tidak sabar, mereka sentiasa bimbangkan harta mereka dan sesetengah dari mereka yang kaya asyik dengan perebutan dunia, Kesombongan kepada sesama Islam dan benci dan menghina golongan miskin. Mereka gemar mengeluarkan harta mereka kepada jalan - jalan maksiat dan menaburkan harta mereka kepada perempuan - perempuan jahat dan tempat - tempat judi dan tempat maksiat."
Rasulullah SAW bertanya : "Siapa pula yang sama (tarafnya) seperti engkau?"
Jawab iblis laknatullah : "Orang - orang yang meringankan syariat mu dan membenci orang - orang yang mempelajari Islam."

Rasulullah SAW bertanya : "Siapakah pula yang memberikan cahaya pada muka engkau?"
Jawab iblis laknatullah : "Orang-orang yang berdosa dan bersumpah bohong dan menjadi saksi pembohong serta memungkiri janji."
Rasulullah SAW bertanya : "Apa pula rahsia engkau terhadap umatku?"
Jawab iblis laknatullah : "Jika seorang muslim ingin membuang air besar (ke WC), jika tidak membaca doa kepada Allah SWT untuk mohon perlindungan dari pada syaitan, niscaya aku lumurkan najis itu ke tubuhnya tanpa disedari."(Inilah doanya sebelum sampai ke WC - Bismillahi AllaHomma Innii a'uu dzubikaminal khubusi wal khobaa is) jika masuk ke WC, dahulukanlah kaki kiri dan jika keluar dari WC dahulukan pula kaki kanan dan apabila jauh empat - lima langkah dari pada WC, dibaca di dalam hati GhufraanakalhamdulillaaHilladzii azHaba annil azaa wa aafinii dan apabila selesai bersuci dibacakan doa AllaaHumma ToHHir Qalbii minnifaaqi wahaSSin farjii minal fawaa hi shi) Maka jika dibacakan doa - doa tersebut, larilah aku dari padanya."
Rasulullah SAW bertanya : "Hai iblis! Jika umatku berjimak dengan isterinya, bagaimanakah keadaan engkau?"
Jawab iblis laknatullah : "Jika seseorang hendak berjimak dengan isterinya, dan jika dia membaca : A uu dzubillaaHiminassyaitaanirrajiim, AllaHumma jannibnaa minassyaitaani wajannibissyaitaan maa razaqtanaa maka larilah aku daripadanya. Maka jika dia tidak membacakan doa tersebut, maka akulah yang terlebih dahulu berjimak dengan isterinya dan jika menjadi anak hasil pergaulannya, maka anak itu menggemari pekerjaan maksiat serta malas berbuat baik atas jalan kebajikan dengan sebab kelalaian ibu bapaknya. Demikian juga jika mereka makan atau minum dengan tidak membaca BismillaahirRahmaaniRahiim maka, akulah yang terlebih dahulu makan dan minum sebelum mereka, maka walaupun mereka makan, tetapi mereka tidak kenyang."
Rasulullah SAW bertanya : "Dengan jalan manakah yang dapat menolak tipu dayamu?"
Jawab iblis laknatullah : "Jika seseorang berbuat dosa, maka ia segera sedar dan bertaubat kepada Allah SWT dan menangis serta menyesal di atas perbuatannya serta apabila dia marah, dengan segera dia berwudhuk, niscaya padamlah kemarahannya. Barangsiapa yang membaca doa ini setiap kali sholat Juma'at sebanyak 5 kali, maka dosanya akan diampunkan Tuhan kerana dia telah bertaubat. Inilah doanya : Ilaahii lasta lil firdausi ahlan, walaa aq waa a laa naaril jahiim, fahablii taubatan waghfir dzunuubii, fainnaka ghaafirudzzanbil aziim"
Rasulullah SAW bertanya : "Hai iblis! Siapakah yang benar - benar menjadi kegemaranmu?"
Jawab iblis laknatullah : "Apabila lelaki dan perempuan tidak mencukur atau mencabut atau menggunting bulu di ari - arinya selama 40 hari, maka aku akan tinggal mengecilkan diri seperti pepijat bersarang di situ, begitu juga, menjadi tempat ku bergantung dan berbuai pada bulu ketiak orang yang tidak mencukurnya atau mencabutnya"
Rasulullah SAW bertanya : "Hai iblis! Siapakah saudaramu?"
Jawab iblis laknatullah : "Orang yang tidur nyenyak di waktu subuh, maka dia masih tidur dan tidak segera sholat subuh, maka aku akan membuainya sehingga dia lena sampai terbit matahari dan begitu juga pada waktu zohor, asar dan maghrib, aku akan beratkan hatinya sehingga menjadi malas mengerjakan sholat."(Apabila hendak tidur, bacalah BismillaahirRahmaanirRahiim sebanyak 21 X)
Rasulullah SAW bertanya : "Hai iblis! Dengan jalan manakah yang boleh membinasakanmu?"
Jawab iblis laknatullah : "Orang yang banyak menyebut nama Allah SWT dan banyak memberikan sedekah dengan tidak diketahui orang, memperbanyak taubat, memperbanyak tadarrus Al-Qur'an serta sholat di waktu malam."
Rasulullah SAW bertanya : "Hai iblis! Apakah pula yang memecahkan penglihatan engkau?"
Jawab iblis laknatullah : "Orang yang banyak beriktikaf di masjid kerana Allah SWT" (lafaz niat iktikaf Nawaitul I tikaaf fii Haa dzal masjidi sunnatan lilLaahiTa aala )
Rasulullah SAW bertanya : "Hai iblis! Apa pula yang merantai engkau?"
Jawab iblis laknatullah : "Penjual yang betul timbangan dan sukatannya, ukuran dan takarannya."
Rasulullah SAW bertanya : "Hai iblis! Apabila umatku memberi salam antara satu dengan yang lain, bagaimanakah keadaanmu?"
Jawab iblis laknatullah : "Apabila dua orang (muslim) bertemu di tengah jalan, lantas memberikan salam (Assalaamualaikum warohmatull hiwabaa rakaatuh) dan dijawab oleh saudaranya, maka terasa seperti pecah dada ku, maka aku pun meratap kerana kedua - duanya telah diampunkan apabila berpisah keduanya"
Rasulullah SAW bertanya : "Hai iblis! Siapakah pula sahabat karibmu?"
Jawab iblis laknatullah : "Orang yang minum arak atau tuak atau (ketagih) candu atau ganja kerana bahayannya telah nyata menyebabkan perpecahan, perkelahian dan perceraian"
Rasulullah SAW bertanya : "Hai iblis! Siapakah pula yang bersekutu dan sekedudukan dengan engkau?"
Jawab iblis laknatullah : "Apabila bertemu lelaki dengan perempuan - perempuan muda, maka aku duduk pada leher perempuan - perempuan muda itu, aku hiaskan wajahnya (perempuan) dengan jelingan dan senyuman yang menarik hati serta apabila terpandang belakang (perempuan), maka terpandanglah lehernya (perempuan) yang halus dengan pinggang dan punggungnya melenggang yang membangkitkan nafsunya (lelaki) serta manakala terpandang hadapannya (perempuan), aku hiaskan dadanya (perempuan) supaya bergetaran serta aku panah tepat pada jantung hati keduanya (lelaki dan perempuan) atau salah satu dari padanya sehingga tergerak syahwatnya. Orang yang tiada memelihara hatinya, niscaya tidak terpelihara nafsunya dan apabila tidak memelihara nafsunya, maka tidak terpeliharalah imannya."
Rasulullah SAW bertanya : "Hai iblis! Di manakah kediamanmu?"
Jawab iblis laknatullah : "Pada rumah berhala dan pada mana - mana batu, kayu, tembaga dan sebagainya (bahan pujaan). Apabila mereka menyembah (berhala, batu, kayu, tembaga dan sebagainya), maka aku cenderungkan hati mereka supaya bertambah - tambah keyakinannya terhadap pekerjaan mereka (menyembah berhala) yang syirik itu. Betapa ramainya umat tuan hamba telah aku ganggu sehingga memasuki rumah berhala yang menunjukkan betapa nipisnya iman mereka."
Rasulullah SAW bertanya : "Hai iblis! Di manakah tempat perhimpunanmu?"
Jawab iblis laknatullah : "Pada rumah wayang dan tempat majlis tarian dan seumpamanya seperti tempat percampuran lelaki dan perempuan (secara bebas)"
Rasulullah SAW bertanya : "Hai iblis! Aku lihat engkau mengintai - ngintai di dalam masjid, apakah yang hendak engkau lakukan?"
Jawab iblis laknatullah : "Aku hendak mengganggu orang yang sedang bersholat di situ."
Rasulullah SAW bertanya : "Kenapa engkau tidak takutkan orang yang sedang bersholat dan bermunajat dengan Tuhannya? Sebaliknya engkau takut pula dengan orang yang sedang tidur di sebelahnya padahal orang (yang sedang tidur) itu (mungkin) dalam keadaan lalai"
Jawab iblis laknatullah : "Adapun orang yang sedang bersholat itu amat awam sekali, (maka) mudahlah untuk aku merusakkan (melalaikan) sholatnya, tetapi orang yang sedang tidur itu (sebenarnya) alim. Maka apabila aku menggoda dan mencoba merusak solatnya, aku takut kalau - kalau orang alim itu bangun dari tidurnya lalu menegur serta membetulkan sholat si awam itu"
Rasulullah SAW bertanya : "Hai iblis! Apakah kata - kata pujian bagimu?"
Jawab iblis laknatullah : "Suara orang yang bernyanyi dan berpantun serta suara bunyi - bunyian kecuali orang yang bernyanyi, berpantun, bernazam memuji Tuhan, bernasyid serta berselawat di atas nabi"
Rasulullah SAW bertanya : "Hai iblis! Siapakah yang sekaum denganmu?"
Jawab iblis laknatullah : "Orang yang menipu harta orang dan memakan harta anak yatim serta memakan riba"
Rasulullah SAW bertanya : "Hai iblis! Sebab apakah engkau gelapkan hati manusia?"
Jawab iblis laknatullah : "Mereka yang makan dan minum dengan mata pencarian yang haram kerana mereka buta dalam mencari harta yang halal serta mereka banyak tidur sehingga matahari tinggi dan meninggalkan sholat subuh serta memenuhi perutnya dengan kenyang sekali"
Rasulullah SAW bertanya : "Hai iblis! Siapakah yang menggembirakan hati engkau?"
Jawab iblis laknatullah : "Orang kaya yang bakhil dan orang yang tidak mengeluarkan zakat untuk hamba Allah yang dhaif, malah zakatnya dihantar kepada orang lain padahal kaumnya miskin, kerana orang yang bakhil itu seteru Allah SWT serta orang yang tidak mengeluarkan zakat itu akan masuk ke dalam neraka yang paling bawah bersama - sama denganku."
Rasulullah SAW bertanya : "Hai iblis! Siapakah yang menyuburkan badan engkau?"
Jawab iblis laknatullah : "Orang yang memiliki rasa dengki dan orang yang tidak mempelajari hukum Islam serta semua perempuan yang jahat dan perempuan yang merusakkan dirinya serta perempuan yang menjual kesuciannya"
Rasulullah SAW bertanya : "Hai iblis! Jika seorang ulama meninggal dunia, bagaimanakah keadaanmu?"
Jawab iblis laknatullah : "Telah subur dan bertunaslah hasutan ku dan pekerjaan ku." (Sabda Rasullullah SAW "Barangsiapa yang berdukacita di atas kematian seorang ulama, maka dituliskan Allah SWT pahala baginya seribu ulama dan seribu syuhada", Sabda Rasulullah SAW lagi "Akan datang atas umatku yang melarikan diri dari ulama atau mereka yang membenci golongan yang mengajar agama, maka diberikan Allah SWT 3 jenis bala ke atas mereka (yang membenci atau melarikan diri dari ulama dan seumpamanya)
Dihilangkan keberkatan dalam pencariannya (rezeki),
Didatangkan Allah SWT ke atas mereka seorang ketua yang zalim atau raja yang zalim, dan
Dikeluarkan (dimatikan) mereka daripada dunia dengan tidak beriman Na uu dzubillaaHimin dzaalik kita berlindung dengan nama Allah SWT )"
Rasulullah SAW bertanya : "Hai iblis! Jika umatku bersolat jemaah, bagaimanakah keadaanmu?"
Jawab iblis laknatullah : "Sesungguhnya segala simpulan (tali pengikat) tipudaya ku telah mereka leraikan"(Maka sabda Rasulullah SAW yang bermaksud Barangsiapa solat 5 waktu, maka dia akan mendapat 5 perkara





  1. Tidak akan terkena pada dirinya kefakiran (kemiskinan),





  2. Diangkatkan darinya siksa kubur oleh Allah SWT.,





  3. Dianugerahi orang itu dengan kitab tulisannya (perbuatan di dunia) pada sebelah kanan (pihak yang selamat),





  4. Melalui titian (Siraatal Mustaqiim) di atas neraka sepantas kilat,





  5. Dimasukkannya Allah SWT ke dalam syurga tanpa sebarang hisab dan tanpa sebarang siksaan. Sabda Rasulullah SAW lagi yang bermaksud Sholat lelaki berjemaah lebih baik daripada sholat 40 tahun di rumahnya seorang diri dan sholat berjemaah itu mendapat 27 darjat - serta sholat berjemaah di rumahnya bersama anak dan isterinya akan mendapat pahala haji dan umrah)


Rasulullah SAW bertanya : "Hai iblis! Jika umatku bersholawat kepadaku, bagaimanakah keadaanmu?"
Jawab iblis laknatullah : "Mereka telah membelah muka ku disebabkan ingatan kuat terhadap tuan hamba."(Maka sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Barangsiapa berselawat ke atasku, maka para Mailaikat akan memohon diampunkan (segala dosanya) dia dan dia adalah sebahagian daripada isi syurga")
Rasulullah SAW bertanya : "Hai iblis! Jika umatku bersholat Hari Raya di masjid, bagaimanakah keadaanmu? Kerana Tuhanku yang Maha Besar telah berfirman: "Hai sekelian malaikat! Saksikanlah olehmu bahawa sesungguhnya telah Aku ampunkan sekelian dosa umat Muhammad, lelaki dan perempuan." Maka apabila telah selesai dari sholat dan khutbah dibacakan, maka Firman Allah SWT: "Hai umat Muhammad! Pulanglah kamu ke rumah masing - masing, sesungguhnya Aku telah mengampunkan dosa kamu yang terdahulu dan yang kemudian dan Aku telah gantikan dosamu itu dengan kebajikan!".
Jawab iblis laknatullah : "Ya Rasulullah! Apabila umat tuan hamba pergi (untuk) bersholat Hari Raya, maka aku sangat berdukacita dan kesal. Maka aku pun menjerit sehingga datang sekelian bala tentera ku dan (mereka) bertanya hai raja kami! Siapakah yang engkau marah? Adakah ianya (puncanya) dari langit atau dari bumi? Perintahkanlah kami sekelian pergi membinasakan barang di langit dan di bumi. Maka aku menjawab hai bala tenteraku! Apa yang menyebabkan aku berdukacita ialah kerana Allah SWT telah mengampuni umat Muhammad pada Hari Raya ini. Wahai sekelian bala tenteraku! Tidakkah kamu mengetahui bahawa Allah SWT telah memberkati puasa umat Muhammad? Dan Tuhan amat mengasihi dan mengasihani mereka dengan penuh Rahmat serta diperkenankan segala doa mereka dan diampunkan segala kesalahan mereka? Wahai tenteraku! Hendaklah kamu goda mereka itu supaya malas beramal ibadat dan resah dengan berjalan ke sana dan ke mari serta asyik berjudi serta bersukaria memuaskan nafsu dengan mengerjakan maksiat supaya datang kemurkaan Tuhan ke atas mereka itu dan ditimpakan bala ke atas mereka kerana dengan demikian, akan membawa kesenangan di dalam hatiku. Maka berangkatlah sekelian bala tentera iblis syaitan untuk mengganggu umat Muhammad"
Rasulullah SAW bertanya : "Jika umatku membaca doa akhir tahun (Hijrah), bagaimanakah keadaanmu?"
Jawab iblis laknatullah : "Telah bersusah payah aku menggoda mereka sepanjang tahun, tiba - tiba mereka membaca doa (yang hanya) mengambil masa yang sedikit, maka lemahlah aku lalu aku menyapu dengan tanah (dan berkata), aduhai, celaka betapa malang dan celaka diriku dengan kerugian, maka aku pun berpaling (dan) pergi"(Doa Hujung Tahun AllaaHomma maa amiltu min amalin fii HaaziHissanati mimmaa nahaitanii anHu, walam tar Dhahu walam tan sahu, wahamilta alaiyya ba da qud rotika alaa, uquubatii, wada autanii ilattaubati ba da jur aatii alaa ma Siatika, fainnii astaghfiruka faghfirlii waHablii min amalin tarDhahu, wa wa datanii alaihitsawwaab)
Rasulullah SAW bertanya : "Hai iblis! Jika umatku membaca doa awal tahun, bagaimanakah keadaanmu?"
Jawab iblis laknatullah : "Ya Nabi Allah! Putuslah harapan ku, kerana barangsiapa membaca doa awal tahun, (maka) Tuhan memerintahkan dua Malaikat supaya membakar buku kesalahan hambaNya dan dituliskan kebajikan di dalam (buku kebajikan) disebabkan orang yang membaca doa ini."(Doa Awal Tahun AllaaHomma antal abdiyyulQadiim,waHaaziHi sanatu jadiidatun, as aluka fiihal iSmata minassyaiTooni wa au liyaa ihi. Wal au na alaa Haa dzihiinnafsil ammaarati bissuu wal ish ti ghaala bisaa yuQorribunii ilaika yaa Kariim)
Rasulullah SAW bertanya : "Hai iblis! Siapakah yang menyokong engkau?"
Jawab iblis laknatullah : "Orang yang tidak bertaubat atas dosanya dan suka ketawa ketika berbuat dosa berkenaan. Ya Nabi Allah! Telah aku binasakan ramai manusia dengan (menggoda mereka) mengerjakan dosa daripada berbagai - bagai (jenis) maksiat, maka aku gembira. Tiba - tiba, mereka mengucapkan kalimah - kalimah Laa ilaa Ha illAllaah dan istighfar, maka binasalah aku, kerana pada masa aku dibuang ke dunia (dulu), aku mengembara sambil bersiul - siul dan orang yang bersiul itu adalah penghibur iblis syaitan, tetapi orang yang azan itu adalah penghalau iblis syaitan, kerana para malaikat akan hadir bersolat bersama - sama dengan mereka ."
Rasulullah SAW bertanya : "Hai iblis! Sekarang apalah kesudahan ikhtiar engkau di atas umatku, kerana aku telah dibangkitkan oleh Tuhan ke dunia ini bagi menyelamatkan sekelian bani Adam dari pada kufur kepada iman, dari pada gelap gelita kepada terang benderang?!"Maka iblis pun mengangkat kepalanya ke hadhrat Tuhan dan berkata: "Yaa Rabbi! Demi kemuliaan Engkau, senantiasa aku akan berusaha dengan bersungguh - sungguh pada menarik sekelian anak Adam kepada berbagai - bagai jalan maksiat selama ada nyawa di tubuh mereka, aku jadikan pemuda dan wanita bercampur dan berkenalan, supaya aku dapat mencelah di dalamnya."(Maka) Datanglah Firman Allah SWT :"Hai mala'un, Demi Kebesaran dan KetinggianKu, bahwa Aku senantiasa bersedia untuk mengampuni dosa umat Muhammad selagi mereka itu memohon ampun kepadaKu"
Rasulullah SAW bertanya : "Hai iblis! Apa lagi yang engkau musykilkan?"
Jawab iblis laknatullah : "Ya Rasulullah! Bahwasanya aku sangat ajaib (heran) melihat dua macam hal sekalian hamba Allah SWT yaitu
Mereka itu mengaku kekasih Tuhan, padahal mereka itu patuh padaku dan berbuat maksiat,
Mereka itu sangat marah kepada aku, tetapi mereka menurut hasutan ku."
(Maka) Datanglah Firman Allah SWT: "Hai mala'un! Demi Kemuliaan dan KebesaranKu, Aku anugerahi umat Muhammad (dengan) 2 kebahagiaan :





  1. Kasih mereka kepadaKu dijadikan kifarah (penebus dosa) bagi maksiat mereka kerana tipudayamu, dan





  2. Kemarahan mereka kepadamu Aku jadikan kifarah (penebus dosa) perbuatan maksiat mereka kepadaKu "Maka iblis tercengang - cengang mendengar umat Muhammad yang sangat dikasihi Tuhan GhafuururRahiim yang Maha Mengampuni lagi Maha Mengasihani hambaNya dengan limpahan rahmatNya.


Setelah selesai baginda Rasulullah SAW berdialog dengan iblis laknatullah, maka baginda SAW pun menghalau iblis laknatullah dengan sabdanya : "Wahai laknatullah! Nyahlah engkau dari hadapanku ini" Maka iblis laknatullah pun keluar dengan perasaan yang amat dukacita. Maka heranlah para sahabat RA yang hadir dalam majlis berkenaan mendengar tipudaya iblis laknatullah yang menyelubungi seluruh umat manusia. Sabda Nabi SAW: "Hai para sahabatku! Ketahuilah olehmu bahawa iblis laknatullah telah membuat kesalahan atas beberapa sebab :





  1. Ia ingkar dan membantah perintah Tuhan,





  2. Ia takbur dan besar diri





  3. Ia membenci dengan nabi Adam AS





  4. Ia menghasut dan mengkhianati (manusia) (dari) seorang kepada seorang (yang lain) seperti yang telah ia ajarkan kepada Qabil dengan tipudayanya sehingga berani Qabil melakukan pembunuhan ke atas saudaranya Habil yang disayangi oleh Nabi Allah Adam AS



Nabi SAW berkata lagi : "Bahawa pada suatu hari, iblis mengadap Musa bin Imran AS dan berkata : Yaa Nabi Allah! Apabila tuan hamba bermunajat kepada Allah SWT di Bukit Tursina, aku hendak bertaubat kepada Allah SWT, adakah (taubat) aku diterimanya?" Maka sukacitalah nabi Musa AS mendengarkan iblis laknatullah yang hendak bertaubat itu lalu baginda menyanggupi permintaan iblis laknatullah. Setelah tiba di Bukit Tursina, maka berdoalah baginda kepada Allah SWT memohon petunjuk. Maka datanglah firman Allah SWT: "Wahai Musa, kesalahan iblis boleh Ku ampunkan dengan syarat hendaklah ia (iblis) bersujud pada kubur nabi Adam". Maka nabi Musa AS pun menyampaikan firman Allah SWT kepada iblis laknatullah. Iblis laknatullah mengeluh dan berkata: "Wahai Musa! Semasa Adam masih hidup pun aku tidak sudi bersujud kepadanya, inikan pula, Adam telah mati." Maka iblis laknatullah pun beredar. Sabda Nabi SAW : Bermula (tegaknya) tiang dunia ini dengan 4 perkara :





  1. Dengan ilmu para ulama,





  2. Dengan adilnya sekelian raja-raja,





  3. Dengan kemurahan (hati) orang-orang kaya,





  4. Dengan doa sekelian fakir miskin. Maka sekiranya tidak ada ulama, niscaya binasalah sekelian orang yang jahil dan sekiranya raja - raja tidak adil, niscaya (segolongan) manusia (ibarat) memakan (segolongan) manusia yang lain sebagaimana harimau menghambat dan memakan kambing. Sekiranya (pula) tidak ada kemurahan (hati) orang - orang kaya, nescaya binasalah sekelian fakir miskin dan sekiranya tidak ada doa fakir miskin, niscaya runtuhlah langit dan bumi.



Tidak ada komentar:

Posting Komentar